Friday 22 July 2016

DRaGoN BaCK


23 Julai 2017 - 7:30am Flag Off (FO)

Kalau buat LSD time ni mmg xsesuai lah nak start but klu nak run 1 lap... ok dah... Kebiasaannya route ni pukul 6am pun sudah ader runners dan rider basikal yang mulakan larian dan kayuhan.

Coz hari ini ada tujuan lain, bukan Long Slow Distance (LSD) kira ok lah start lewat sikit... bagi yang nak buat LSD biasanya jam 5am dah FO, habis 1 lap, rest dan boleh solat subuh, selesai subuh continue balik for next 3-4 laps lagi... hahahaha 'Crazy' runners... aku pun dah dpt dah gelaran tu... hehehehe

Ini caption atas kebawah, kanan ke kiri

Route sepanjang 5.4km dari hujung ke hujung (Traffic light gudang ke simpang 4 jalan ke puncak alam).

Ia dipanggil 'Dragon Back' coz runners akan berlari mengharungi 5 bukit turun dan naik. Ibarat berlari dibelakang badan Naga@Dragon

Route ini amat digemari kerana 1 lap (pergi dan balik) 10.8km. Ia menjadi tempat training bagi runners yang nak try hill, lebih kurang bukit tunku. 

Route ini mencabar mental, kerana ia adalah laluan lurus sehinggakan boleh nampak bukit yang seterusnya, Bagi Ultra Runners ini adalah route yang bagus unutk LSD kerana selain boleh training mental disamping itu boleh sekali heat training. Route ni selepas pukul 8am... mulalah peperangan dengan kepanasan. Memang time tu rasa cam nak balik je... panas beb....

Ia sangat bagus untuk muscle dan ia mmg route yang menyeronokkan coz dengan udara segar pagi. Sepanjang jalan tu adalah kawasan kampung sambil berlari ditemani monyet liar hahahahaha


Dari keratan rentas (Amek bahasa buku)... kita leh tengok bukit yang bakal diharungi... Jika bermula di traffic light gudang, akan mendaki bukit 1 dan 2 yang agak tinggi slope nye. bila ke bukit 3-5 agak landai tetapi akan menurun secara mendadak pada bukit ke-5. Flow ini agak mencabar compare back flow. 




Run pada hari ini, lebih focus kepada 1 direction, untuk mengetahui body fitness, pace, cadence, breathing, body form dan hand swing. Semasa back flow, lebih kepada menikmati route yang dilalui...

Buat rakan running, yang pernah dengar/plan tapi xmenjadi 'Ramas Mesra Dragon Back' ini adalah sedikit sebanyak informasi kepada runners yang plan nak try route ni.

Dragon Back run adalah run event tahunan yang dianjurkan oleh pihak tertentu, yang menggunakan dragon back sebagai route untuk run event tu.

2017 I will run this event, Insya Allah... Jom kengkwn yang lain... Kita berlari disini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa ada di sepanjang Route DRaGoN BaCK ni...

Demotivation... jom sini tempatnyer... nama baru, xada dah kem bina negara... nanti kontraktor xleh cari makan... hahahahah
Ada Steamboot, but buka mlm jer...
Jln PAIP, mmg laluan top dari Puncak Perdana/Alam ke pekan Meru
Di  selekoh tu tmpt parking sesuai, dekat dengan masjid, rider basikal dan runners leh park. Awal jom subuh dulo, lepas tu kita dhuha pulok...Torbaeekkk

Ini 2 kedai yang memang famous selalu jadi port kering kan peluh... bila mai sini, jgn citer bab diet, habis hancor hahahaha... makan sedap beb, lontong jawa, roti canai, nasi lemak, roti bakar... mana makanan sihat kat situ... hahahaha

Ini mmg port brekpes rider basikal dan runner selepas turun naik bukit
Kedai yang ni pulak, yang best nyer kuih karipap gemuk, harga murah beb 40sen jer... kompius gak, itu mahu kadar kalori 2x dari yang saiz biasa harga 50sen sekarang ni... dan banyak makanan lain lagi...
Ini satu lagi saya panggil kedai karipap gemok, 40sen jer...
Jumpa rider basikal...kat U-Turn point

Ridzuan@Brandon@CRS

No comments:

Post a Comment