Showing posts with label Hill. Show all posts
Showing posts with label Hill. Show all posts

Friday, 22 July 2016

DRaGoN BaCK


23 Julai 2017 - 7:30am Flag Off (FO)

Kalau buat LSD time ni mmg xsesuai lah nak start but klu nak run 1 lap... ok dah... Kebiasaannya route ni pukul 6am pun sudah ader runners dan rider basikal yang mulakan larian dan kayuhan.

Coz hari ini ada tujuan lain, bukan Long Slow Distance (LSD) kira ok lah start lewat sikit... bagi yang nak buat LSD biasanya jam 5am dah FO, habis 1 lap, rest dan boleh solat subuh, selesai subuh continue balik for next 3-4 laps lagi... hahahaha 'Crazy' runners... aku pun dah dpt dah gelaran tu... hehehehe

Ini caption atas kebawah, kanan ke kiri

Route sepanjang 5.4km dari hujung ke hujung (Traffic light gudang ke simpang 4 jalan ke puncak alam).

Ia dipanggil 'Dragon Back' coz runners akan berlari mengharungi 5 bukit turun dan naik. Ibarat berlari dibelakang badan Naga@Dragon

Route ini amat digemari kerana 1 lap (pergi dan balik) 10.8km. Ia menjadi tempat training bagi runners yang nak try hill, lebih kurang bukit tunku. 

Route ini mencabar mental, kerana ia adalah laluan lurus sehinggakan boleh nampak bukit yang seterusnya, Bagi Ultra Runners ini adalah route yang bagus unutk LSD kerana selain boleh training mental disamping itu boleh sekali heat training. Route ni selepas pukul 8am... mulalah peperangan dengan kepanasan. Memang time tu rasa cam nak balik je... panas beb....

Ia sangat bagus untuk muscle dan ia mmg route yang menyeronokkan coz dengan udara segar pagi. Sepanjang jalan tu adalah kawasan kampung sambil berlari ditemani monyet liar hahahahaha


Dari keratan rentas (Amek bahasa buku)... kita leh tengok bukit yang bakal diharungi... Jika bermula di traffic light gudang, akan mendaki bukit 1 dan 2 yang agak tinggi slope nye. bila ke bukit 3-5 agak landai tetapi akan menurun secara mendadak pada bukit ke-5. Flow ini agak mencabar compare back flow. 




Run pada hari ini, lebih focus kepada 1 direction, untuk mengetahui body fitness, pace, cadence, breathing, body form dan hand swing. Semasa back flow, lebih kepada menikmati route yang dilalui...

Buat rakan running, yang pernah dengar/plan tapi xmenjadi 'Ramas Mesra Dragon Back' ini adalah sedikit sebanyak informasi kepada runners yang plan nak try route ni.

Dragon Back run adalah run event tahunan yang dianjurkan oleh pihak tertentu, yang menggunakan dragon back sebagai route untuk run event tu.

2017 I will run this event, Insya Allah... Jom kengkwn yang lain... Kita berlari disini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa ada di sepanjang Route DRaGoN BaCK ni...

Demotivation... jom sini tempatnyer... nama baru, xada dah kem bina negara... nanti kontraktor xleh cari makan... hahahahah
Ada Steamboot, but buka mlm jer...
Jln PAIP, mmg laluan top dari Puncak Perdana/Alam ke pekan Meru
Di  selekoh tu tmpt parking sesuai, dekat dengan masjid, rider basikal dan runners leh park. Awal jom subuh dulo, lepas tu kita dhuha pulok...Torbaeekkk

Ini 2 kedai yang memang famous selalu jadi port kering kan peluh... bila mai sini, jgn citer bab diet, habis hancor hahahaha... makan sedap beb, lontong jawa, roti canai, nasi lemak, roti bakar... mana makanan sihat kat situ... hahahaha

Ini mmg port brekpes rider basikal dan runner selepas turun naik bukit
Kedai yang ni pulak, yang best nyer kuih karipap gemuk, harga murah beb 40sen jer... kompius gak, itu mahu kadar kalori 2x dari yang saiz biasa harga 50sen sekarang ni... dan banyak makanan lain lagi...
Ini satu lagi saya panggil kedai karipap gemok, 40sen jer...
Jumpa rider basikal...kat U-Turn point

Ridzuan@Brandon@CRS

TEMPO + INTERVAL + HILL + FARTLEK + LSD = PENAT????

Jom kita share sikit... Betul ker semua workout tu hasilnya PENAT.... TIDAAAAK!!!!

TEMPO
+
INTERVAL
+
HILL
+
FARTLEK
+
LSD
=
(STRENGTH + SPEED + HEALTHY) = HIGH MOTIVATION

Alhamdulillah...semasa tulis post ni, done kesemua workout pd title tu... 

Komen.... wahhhh... nak nangis, syahdu coz bulan raya time buat tu... tabah teruskan juga... post-workout... wahhh lagi syahdu... hasilnya boost our energy... high motivation to do the next job or task.

Since start my study workout is the way I release my stress... that good... Awesome

Dati T25 (3 months), interval, tabata, aerobic, anaerobic, zumba, dan skrg RUN

Kesemua workout itu dalam jadual training untuk 2 minggu... camner nak susun... pepandai...ikut keselesaan sendiri... 3x/week itu yang saya buat... Senang citer nak buat jadual jgn guna PEN... guna PENSIL... sebab senang nak padam... 'Not you follow the plan, BUT plan follow you'... betui ker... lu fikirlah sendiri...

Dalam mendapatkan kualiti dan memudahkan dalam workout tersebut, saya upgrade sikit dengan menggunaka GARMIN FR620. Wow mmg terbaik...

Plan perlu dibuat at least 1jam before workout... 'save' dlm otak jer...

Nak bagus guna buku old school sikit... but that the best... I like it...

TEMPO - 5km


Laps      (0.5km) Pace (min/km)
1 5:11
2 5:25
3 5:43
4 5:50
5 5:39
6 6:12
7 6:20
8 6:04
9 5:25
10 5:00

bnyk lagi kena baiki ni... larian xcukop oksigen (Anaerobic) nie... adoiiii...

TEMPO adalah workout yang telah direka untuk meningkatkat fitness kita. Disamping itu untuk mengetahui kuantiti VO2max dalam tubuh atlit tersebut. Kuantiti VO2max ini penting bagi mengetahui tahap fitness atlit. Semakin tinggi VO@max ini, atlit lebih fit dan boleh bersukan dengan lebih lama. Jarak 5km adalah minimum dan boleh di tambah jarak mengikut atas kemampuan.

TEMPO juga boleh membantu atlit untuk meningkatkan daya tahan badan atau ketahanlasakan muscle untuk bertahan dalam sesuatu sukan tersebut.

Peningkatan speed juga adalah antara kesan kepada larian TEMPO ini.

INTERVAL

400m
Set Moving Time (min) Pace (min/km) Ave Cadence (spm)
1 1:40 4:29 175
2 1:44 4:36 178
3 1:57 4:59 170

800m
Set Moving Time (min) Pace (min/km) Ave Cadence (spm)
1 4:03 5:07 173
2 4:16 5:24 171
3 4:17 5:25 170

1200m
Set Moving Time (min) Pace (min/km) Ave Cadence (spm)
1 6:46 5:39 173
2 6:43 5:41 172
3 6:29 5:29 174

Kena membanyakkan set dan focus 1 distance bukan mix distance.

Interval lebih kepada speed juga, jika ditambah bilangan set, ia akan melatih kepada muscle endurance.

HILL

Hill - < 25 sec
Set Timing (sec)
1 23.18
2 23.13
3 22.71
4 23.18
5 24.05
6 23.87
7 23.41
8 25
9 24.77
10 22.51

Distance dlm 100m dengan slope lebih 8%

Interval yang dibuat di Hill lebih kepada speed. dan ia banyak membantu dlm development muscle untuk lebih kuat. This time dpt 10 set itu pun selepas Tempo dan Interval dibuat... ada sedikit fitness...

FARTLEK

Result

6km (0.5km)
Set Pace (min/km) Ave Cadence (spm)
F 4:19 195
S  
F 4:44 189
S  
F 4:43 193
S    
F 5:05 189
S    
F 5:10 189
S    
F 5:14 189
S    

Fartlek lebih kepada cadence. Sedia maklum 180 step/min is a guide/limit for runners to improve their cadence and should be more... masih kena improve... nak dptkan lebih 200step/min. 


Hill

LSD

LSD lebih kepada mencabar muscle endurance kita... lebih kepada sejauh mana kita boleh... bukan selaju mana kita boleh run... tak sesuai dengan nama tu hehehe..

Kebiasan LSD, hydration bag, coklat, kurma akan dibawa bersama. Prepared awal. Biasanya dibuat awal pagi... tapi sebab jadi driver... that day driver cam F1 sikit lah...biasa start LSD kul 815am.... mmg sunburn lah LSD tu... butia bagus untuk melatih dehydrate tubuh kita...

Citer bab dehydrate ni...maybe teringat post Route 68... yang baca lah... asya mengalami dehydrate yang agak teruk... means this time LSD bagi lewat sikit adalah bagus juga.

Perkara PENTING untuk LSD, adalah bekalan AIR. WAJIB CUKOP... jgn nanti jdi mentadak mentadu mengerekot cramp... hahahaha

Conclusion, semua aktiviti yang dibuat perlulah focus supaya tercapai apa yang dikehendaki... jgn seyes sgt... just hepy jer... klu dah lari laju bagai, jauh bagai... xkurus-kurus  juga.... ubat nyer adalah SENYUMAN...

Selamat mencuba...

Ridzuan@Brandon@CRS