Showing posts with label ULTRA. Show all posts
Showing posts with label ULTRA. Show all posts

Wednesday, 14 September 2016

BaCK 2 eNDuRaNCe 2016

Terima kasih kepada yang baca posting kali ini.... Maaf lambat nak siapkan kerana masalah teknikal...


Post kali ini, agak panjang dan detail... lebih kepada preparation untuk 3rd ULTRA - Back 2 Endurance


Lebih kepada berkongsi pengalaman apa yang telah saya buat untuk break PB dalam kategori distance iaitu 50km Ia dibuat semasa 2 event yang lepas (Boleh tgk post yang lepas - TiTi100 & Route68). 

Alhamdulillah... 64.4km dalam 11:49:53 jam. Larian loop dengan 2.3km untuk 1 loop... boleh dikatakan ini adalah run sampai lebam lah hehehehe....

jom kita share sikit


Cerita akan berkisar kepada beberapa topik:
1. Training
2. Recovery
3. Plan
4. Pengalaman
5. Penghargaan


Training:

Sebelum 8 Ogos, training lebih kepada speed, interval, hill dan recovery hehehehe... selebihnya kepada makan jer hahaha...

Untuk mendapatkan training yang berkesan... kena borak dengan otai hehehe... Abdul Rahman Abu Hassan sapa xkenalkan... thanks bro... Beliau mencadangkan beberapa training untuk B2E ini. Dari discuss dengan beliau saya menyusun jadual mengikut kesesuaian dengan diri saya sendiri. 

Yang penting dalam training, mesti FUN, habis training SMILE dan EFEKTIF.


8 Ogos bermula training untuk event B2E berjalan secara intensif/insentif (mana satu ni...blur)... ini kerana event terakhir adalah Route 68 (April 2016) hampir 5 bulan baru run balik dalam competative event...memang agak menakutkan...nerbes pun ada juga ni... persediaan untuk sesuatu event itu agak berbeza... pada kali ini penekanan dalam mental adalah dilebihkan kerana route B2E lebih flat dengan permandangan yang indah dengan mengelilingi Tasik perdana.

Planning untuk training sepatutnya 3x/week tapi apa kan daya ada yang tercapai dan ada yang tidak tercapai dengan sebab2 tertentu... itulah nasib runner part time hahahaha...

Training ini lebih kepada LSD cuma lebih focus kepada maintain pace dan rest mengikut time. Pada masa yang sama cuba menyesuaikan tempoh rehat dengan tubuh kita. Saya cuba membiasakan diri untuk berehat dengan cepat dan body kembali segar untuk next loop.

Training 1 
Dengan berlari selama 1:45jam tanpa henti dengan pace tidak melebihi pace 6:30. tanpa henti

Training 2
Penambahan 15min dalam tempoh larian. Cuma rehat dilakukan pada setiap 1 jam. Pace masih sama dengan 6:30.

Training 3
Penambahan 15min jadi kepada 2:15jam. Masih Pace 6:30. cuma Tempoh rehat dibuat pada setiap 2.3km. Ini merupakann simulasi sebenar seperti dalam larian B2E.

Training 4
Masih mengikuti Training 3 cuma tempoh rehat lebih specific dengan 3loop x 2.3km rest 1min setiap loop dan loop 4 rest 2-3min. Training ini lebih kepada untuk mendapatkan 4loop dalam tempoh 1:10jam termasuk dengan rest. Timing ini agak sesuai dengan saya bila diambilkira semasa training dengan air yang cukop, kondisi body dlm keadaan yang agak baik...

Training ini juga, saya gunakan untuk melatih saya minum bagi setiap 2.3km...

Walaubagaimanapun, training ini masih buat saya gusar dengan keadaan sebenar kerana.... B2E adalah run disiang hari... training ini dilakukan pada sebelah malam shj... kadar dehydrate pada bdn saya agak kurang dicompare larian pada sebelah siang nanti.

Antara simple ujian dibuat adalah, saya masih mampu terkencin dgn color kunin yang rendah menandakan dehydrate saya masih rendah. Dengan erti kata lain, saya kena kerap minum air semasa larian B2E itu nanti bagi elak dehydrate yang teruk nanti.


Aizat Yanan yang membantu dalam mendapatkan kek marathon ni
Semasa training juga saya cuba mendapatkan beberapa energy bar yang sesuai dengan saya. Marathon Baker adalah yang saya gunakan dalam training. Hasilnya mmg terbaeek... Saya amat berpuas hati. Saya mampu run dengan lebih lama dengan energy yang banyak. Kekerapan 1x, setiap 1jam. 




Antara jenis yang saya cuba Runbananaz, Energy bar: Brownies, choc peanut with choc topping, mocha dan choc diva.








Recovery

Setiap kali habis run... cool down mmg dilakukan dengan cara yang betul dah lebih lama... cool down dgn yoga adalah yang saya lakukan bagi memastikan muscle yang dah digunakan bebetul relax... minum banyak air... mandi... pakai compression socks dan tido dengan kaki lebih tinggi dari jantung... 



LSD terakhir
Brekpes dengan telur half cook dan lebihkan carbo. Banyakkan makan Natural protein dari mengambil sintetic protein.

Itulah yang saya lakukan... Alhamdulillah saya dapat recovery dengan baik dan dapatkan teruskan training dengan rest cuma 1 hari shj.

Plan/target

Target untuk event ini adalah untuk break my PB 50km tu...kira dpt 51km kiranya saya dpat silver medal... itu pun dah cukup bagi saya... tapi apa yang berlaku adalah luar jangkaan... apa dia yer....


Ini adalah plan on paper bagi mencapai 51km. merujuk kepada pace terebut...
ada beberapa Plan lain yang dibuat selepas berbincang dgn ultra runner Fakhrul Rambo. Cuba baca blog ni. Itu yang saya terapkan dan plan dlm training saya ni.

Pengalaman

6:30am FO, perasaan nerves tu ada kerana lama xrun dlm competative event. Nerves nak hadap 12jam, panas, sakit, pedih, blister, lenguh, cramp pelbagailah sebelom run. COT untuk B2E adalah 12jam, 6jam ke-2 arah run akan berubah menjadi kepada reverse... tak tahu kenapa... yang saya tahu... run jer lah...


Alhamdulillah sampai awal ke tapak event... sempat borak dengan kawan2 ultra.. yang baru lepas freaser 70.... adoiii... tertekan sikit. Tetapi, ultra marathon bukan seperti disangka... bnyk yang tidak disangka boleh berlaku semasa run itu nanti. Even run ini lebih kepada pusing taman, ramai ultra runners bersependapat... kebosanan, mental dan cuaca akan jadi penghalang onak duri untuk B2E ini. 

Walauapapun... sebagai memMOTIVASI diri sendiri... saya menggunakan kelengkapan ultra run pertama saya iaitu TiTi100. Brooks Ravenna 6  adalah pertaruhan untuk permulaan run ini. buff Route 68 lilit ditangan kanan. Fenix 2 seponser by Ismail Razali (pinjam) hehehehe... Spec Rudy Project seponser by diri sendiri lah hahahaha... 


Ok, apa final plan untuk event ini....

Complete 4loops = 1 set in 1:10jam

Alhamdulillah, berjalan lancar sehingga set 3 (12loops). Masuk loop ke-11 game bermula dengan suhu di taman botanik mula panas. 

Set 1 (0:57:06jam), Set 2 (2:03:32jam). Ada baki lebih kurang 16min... tapi apa yang berlaku di set 3 saya menghabiskan larian 3:29:00... berbaki 1 min... 


Pada waktu ini, kaki saya telah blister dan sakit. Kerana kasut dah basah dengan peluh. Stokin dah tukor masa loop ke 8 (Xingat). Cuaca semakin panas... Leg masih dlm keadaan ok tiada tanda-tanda untuk cramp. 

Sepanjang tempoh larian ni, xingat dah berapa loop, berapa kali kena potong dengan runners dan berapa kali aku potong dia org pun xsure.

Yang saya perasan, sepanjang larian, pelbagai lapisan bangsa, umor, local runners dan oversea pun ada dalam larian tu. Ada dari golongan profesional, bisnes, surirumah dan ada yang student (aku lah tu)... hahahaha... sempat berborak dengan ultra runners (Omputeh, pic bawah berbaju kuning) berumur 67. Beliau tamatkn larian 60km (wooowww). humble... dah 6tahun duduk di Malaysia... beliau run untuk kesihatan dan for fun... lepas berborak seketika, saya tgk pace dia terganggu dengan pace saya... saya telah minta dia teruskan larian... adoiii aku kena potong beb dengan 'orang tua'.... itulah perkataan bahasa melayu omputeh tu ckp dgn saya...'saya sudah tua, tidak larat'... tapi dia potong aku hukhukhukhuk.... tercabar time tu, tapi perancangan yang telah saya atur kena diikuti bagi mengelak body say lebih cepat fatigue nanti... finally I found it, he is James Willis. I respect you pakcik orang tua....


Mereka semua datang dengan impian memasing... yang pasti keseronokan dalam larian dapat dinikmati bersama, sakit bersama, serik bersama (yang xberapa nak serik)... tetap akan meneruskan larian sehingga impian memasing tercapai...



Solution dari kaki yang sakit tu.... lap 14 (32.2km) saya telah buka kasut dan stokin... run dengan selipar... wah time tu... terasa lega sgt... saya cuba menyesuaikan dengan new stride, pace dengan larian menggunakan selipar yang tak pernah saya buat even dalam training... saya bertahan sehingga lap 23 (52.9km) berlari dengan menggunakan selipar asadi... hehehehe...dah rasa cam bigfoot... hahahhaa


Pukul 2:15pm... saya tersenyum merentasi SO/FL dengan distance 50.6km... officially PB saya dah terpecah... saya meneruskan 1 loop lagi dan rest untuk solat zohor dan asar.

Ada beberapa status dlm fb yang bertanya berkenaan dengan solat semasa run ni... ok apa yang saya buat... dalam plan saya akan stop solat zohor pada pukul 3:45pm dan terus menunggu solat asar. Time tu, saya rehat panjang plan 1jam bagi memastikan saya mampu untuk bertahan 2 jam terakhir untuk mendapatkan loop yang lebih bnyk. Mengikut plan saya akan run dengan sepenuh hati pada 2 jam terakhir dgn pace selaju yang boleh. 

Alhamdulillah, waktu rehat tu saya gunakan untuk mandi, solat zohor dan asar. Selesai solat asar di belakang kereta dengan membawa sejadah sendiri. 


Saya memakai kelengkapan run yang baru dan masih kering. Pada kali ini saya run dengan memakai kasut brooks pure cadence. 

Larian selepas rest pjg ini, feel seperti mulakan larian awal pagi tdi, badan fresh sgt, run dengan hepi sekali, terasa seperti budak2 yang berlari bermain di taman permainan (PB dah pecahkan). Ramai ultra runners time ni lebih kepada berjalan dari berlari. Saya rasa dn asyik tersenyum dalam larian.. even daari loop pertama dah senyum dah... senyum pengubat hati... coz buang tebiat lari sampai 12jam... itulah mental yang saya kena lepaskan utnuk mulakan larian... 

caranya... 

menikmati keindahan taman botanik, melihat kelitah family yang picnic... yang best tu ada sessi photoghraphy org kahwin hahahaha...retis pun adoooo ko tau tak... ciz naper aku xamek pic dgn fasha sandah.... sure jeles sapa baca blog ni kan hahahahaa...


Larian diteruskan, Saya terus berlari dengan setiap loop kurang dari 22min, Finally, 2jam terakhir saya berupaya buat 5loop officially but kiraan aku yang dah pusing xtau berapa loop adalah 6.

Official result, 64.4km dalam masa 11:49:53jam bersamaan 28loops. Inilah kejutannya... saya xsangka boleh berlari sejauh 64.4km dan selama 11:49:53jam ini... terbaeeekkkk...

Lunch seponser by jie. urger bakar... mmg mark dan bro muz... terbakar habis... xreti nak stop lepas tu...

Terima kasih kepada semua yang membantu dalam run B2E saya ini. Organizer pun best. Hard work.

Terutama wife tercinta, anak-anak (Najla, Najwa, Najmi),
fairuz, fakhrul rambo, Abdul Rahman, Ismail razali, don dan beberapa kwn lain. 

Photographer yang awesome2 hahahaha...

Tidak lupa semua ultra runners yang join B2E dan xjoin tapi xputus memberi support,  fairuz, Bro muzafar, mark, pak jat, pok zalee, makcik alyn, shahidi, saya merah (Tahniah bro), kak ngah, pok melan, pok pul, jie, amlya, Orang tua, Pak Salee, Ucu Aman, Nani Mastura dan beberapa runners lain yang baru kenal.

Jumpa lagi B2E 2017


Ridzuan@Brandon@CRS

Tuesday, 28 June 2016

Route 68 - 2016

Gentlement Start Your Engine vrooom vrooom vrooommmmmmm......

Ultra Run no 2 selepas Ultra virgin di TiTi100-50km.... Kali ni Route 68 (50km)... Ini adalah Ultra pertama di siang hari... hmmmm kita tgk apa yang aku mendapat dalam ultra run kali ni pulak

Flag off pukul 7:00am... COT bagi Route 68-50km adalah 9jam... kurang sejam dari TiTi100-50km.

Cuaca agak sejuk baru pukul 7am kan... SL di Dewan Serbaguna Orang Asli, Jalan Gombak... klu tak tahu, jalan lama nak ke UIA or Bentong atau Genting Sempah. Kali ni sama juga seperti TiTi100 mula di belakang...lepas salam kengkwn dan menyiapkan final setting GPS dan mandotory gear... ppppooooonnnnnnnnn siren berbunyi...larian dimulakan...

Larian kali ini lebih mencabar kerana akan mendaki 16km dan menurun 9km dan u-turn mendaki 9km dan turun 16km... Kalau ikut pada figure elevation... for sure pergi akan menyimpan energy dan balik akan full energy pada 16km menurun bukit... menjadi tak plan tu??? 

Setelah berlepas, dan sesuai kan pace dengan larian mendaki... sama juga, run kali ni jam laju (GPS) xada lagi... menggunakan timer bagi merancang dalam larian kali ni dan sama macam TiTi100...

Sedia maklum, COT pada Check Point (CP) akan memainkan peranan dalam Run kali ini... juga penentu kepada berjaya atau tidak menamatkan larian Route68-50km ni... untuk Route68 tidak gunakan term CP tapi gunakan term A1, A2, A3, A4 dan A5.

Plan as figure below

CP Distance (km) Time COT Plan  Actual Time
S 0 7:00am
A1 5.5
A2 10
A3 16.5 10:00am 3 HOUR 1:48:00 1:55:21 8:55:21am
A4 21
A5 25 2:47:00 2:52:28 9:52:28am
A4 29
A3 33.5 1:00pm 6 HOUR 3:46:00 4:23:47 11:23:47am
A2 40
A1 44.5
S 50 4:00pm 9 HOUR 5:34:00 6:54:53 01:54:53pm

Dah tengok timing plan dgn actual dalam schedule mmg lari jauh hampir 1jam 30min.... KENAPA????

1. xplan untuk larian - dah plan
2. tak buat training uphill - speed drill, speed uphill, leg workout, core workout antara training yang buat untuk hadap Route 68 (2x uphill) dan TiTi100 (4x uphill)
3. LSD di route 68 - hukhukhuk ini antara kesilapan tidak ikut LSD yang di organise oleh organizer atau diri sendiri, still minor mistake
4. xcukop mileage sebelum event - antara penyebab tetapi masih dikira minor mistake.
5. Gear time running xsesuai untuk ultra run - guna gear yang sama time run TiTi100. Minor blister, still tidak mengganggu larian secara general.

Masalah utama yang aku terlepas pandang..... kita tukor citer lain jap hahahaha

Dicomparekan level of difficulty, TiTI100 adalah lebih susah untuk ditamatkan dibandingkan Route68. Even COT pada TiTI100 10jam. TiTi100-50km akan run 4x uphill sepanjang 50km tu... maksudnya 2 bukit akan didaki... TETAPI... ada seorang kawan Rozaimi Said yang saya kenal semasa berlari sama dalam Route68... beliau pernah menamatkan IronMan2015 selepas gagal cubaan pertama pd 2014... beliau cakap IronMan pun xsusah cam Route68.... Taraaaaaaaa... terkejut tak??? mmg terkejut lah kan... dan aku yang baru 2x ultra ni lagi lah merasa azabnya... 

Tamat larian TiTi100-50km... alhamdulillah body bertahan dalam keadaan yang sgt baik... Tiada tanda-tanda untuk cramp even sakit, minor blister... Persiapan pada Route68 dan TiTI100 adalah sama... seminggu sebelom event, aku dah start slow down aku nye training... banyak minum air, tido cukop, makan pun berjaga 2 minggu sebelum event... Even run pun total run in a week less than 12km... Tapi aku terlepas sesuatu iaitu...

FAKTOR CUACA....

Plan nak berada di CP A3 sebelum pukul 12 tgh hari adalah tindakan tepat... TETAPI masih belum mencukupi... kerana temperature pada pukul 11:23am semasa aku sampai di CP A3 iaitu di Genting Sempah... cuaca teramat panas... DEHYDRATE telah menjadi pencabar baru dalam larian Route68 ni... bayangkan sapa yang sampai disitu selepas pukul 12... time tu baru pada km-34 dan akam menuruni bukit 16km... Ini lah yang aku katakan plan asal simpan tenaga... then guna tenaga untuk turun bukit pada 16km terakhir... time tu aku bukan rasa nak lari...nak berguling jer... peha kiri kanan dan calf kiri kana mula memberi sign nak cramp... masak aku kata... teknik larian sama 25/5 yang aku lakukan semasa run TiTi100 xdpt dibuat sepenuhnya... di tukor 20/5 baru selesa...itu pun bila kaki memberi sign nak cramp... terus menukar dari larian ke jalan... bila sign hilang cuba semula berlari dgn pace ntah apa ntah... rasa nya time tu org jalan pun lebih laju dari aku... aku rasa cam tak bergerak pun ada...cam lari setempat... pada baki 16km itulah aku mengerapkan minum air yang ada dalam hydration bag dan terpaksa budget supaya simpanan mencukupi pada pada next CP. Cuaca terlalu panas, sehingga peluh yang kuor cepat kering dan baju, suor dan hydration bag terkena peluh bertukor keputeh putehan... nak tau apa jilat lah... hahahaha peluh kering lah geng... rasa masin hahaha...garam natural tu... hahahaha... 16km terkahir ini lah yang mencabar mental dan fizikal untuk menamatkan larian... adoiiii... bagi aku runner yang mengharungi panas terik dan berjaya menamatkan larian Route68 mmg hebat.... ANDA MEMANG HEBAT!!!!!...

Route68 memberi kesan yang teruk kepada aku kerana dehydrate yang tidak ku sangka... situasi sign nak cramp tidak berlaku langsung semasa TiTi100 kerana ia adalah run pada mlm hari... kadar dehydration adalah rendah... hinggakan dalam hydration bag aku ada berbaki air dalam 500ml ke 800ml hampir seliter... hydration beg aku bercapacity 2L je. Route68 adalah sebaliknya... walaupun aku xcramp tapi sign yg aku dapat tu dah memberi azab pada aku... semasa berehat di khemah setelah tamat larian... DisQualify (DQ) runner 70km sampai... muka mmg sugul...xsampai beberapa minit... betis dia cramp, selepas tu cramp betis sebelah lagi... then panggil paramedic bagi setlekan lah... that time ntah mana runner dgn aku sekali jadi medic membantu urut dan massage guna ais kat runner tu... bila aku tgk dah ke peha cramp... baik qualify medic yang buat... last sekali runner tu 2 betis 2 peha cramp... xsure camner keadaan selanjutnya...coz dibawa ke khemah medic... 

Route68 mmg mengajar training mengawal dehydrate tubuh kita amatlah penting... that time i lost controll... even time training pernah run bermula 9am bergerak dari Masjid Bukit Jelutong ke Guthrie Highway... dan patah semula ke masjid Bukit Jelutong. Total run 30km... but 20km run, 5km jalan 5km naik motor hahahaha yang tu mmg kena buat...klu aku still run dengan bekalan air dlm hydration bag dah tinggal sikit...ada aku jadi mentadak mentadu kat tgh highway tu kerana cramp... that time 20km run tu xberlaku sign untuk cramp kerana KEKERAPAN MINUM AIR... selepas 20km bila baki air xmencukupi aku xberani ambil risiko untuk teruskan run...cuaca time tu mmg lagi panas dari Route68... tgh jalan raya highway beb... nak tau panas camner try lah buat hukhukhk...panas weeiiii... kulit muka pun terbakar... 2 minggu sunburn kat lengan aku tak hilang... adoiiii....

Route68 ada lah route 'humble'... dalam 'humble' tu makan dalam beb... aku mengambil masa hampir seminggu untuk recovery berbanding TiTi100 cuma 3 hari jer... hahahha.... amek ubat nak ultra sgt kan....

Route68-50km gender position 57, below 50 akan dpt silver... on paper...dlm tgn mmg silver... realitinya... hahahaha terbabas beb...

2017..... Route 68-70km.... hmmmm atau Route68-50km... Gold/silver medal.... 2 kategori ini akan bermain dengan teknik dan tactic yang berbeza... kita tunggu 2016 mana satu yang akan MOHD RIDZUAN BIN MOHD ALI akan register.... tungguuuuuu...

Ridzuan@Brandon@CRS







































Wednesday, 22 June 2016

Larian Ultra - TiTi100 (50km)

Alhamdulillah larian ultra yang pertama

TiTi10 -50km

hahahaha... cam xya run 50km... huh jauh tu....hahahah

mmg seriklah nak menghabiskan... route 50km kena daki  2 gunung/bukit (2 daki dan 2 turun). camner lah aku leh buat... bila fikirkan semula... mmg xpercaya dgn timing sub7 hmmmmm lagi lopong aku fikirkan.

Alhamdulillahpd yg Esa, memberi segalanya dalam larian tersebut dari sebelum semasa dan selepas larian. kwn2 juga bnyk membantu... berkongsi maklumat. dah cam budak sekolah gak aku. ye lah nak run 50km tanpa buat Full Marathon 42km... hukhukhuk... dah daftar ok lagi... bila fikir balik...nak kena training...bermula ]lah segala kegusaran... cukop ke training cukup ke ni...cukup ke tu...macam2 lah....

Apa special TiTi100... mula2 nak join, almost runner xpernah citer pasal route...semua citer route tu SERAMMMM... hahahaha... mahu xseram...gelap beb... bukan gelap je...legap...ibarat ko jalan dlm hutan....xada lampu... ditambah dgn cerita2 SERAM cam conjuring dan sebagainyer...time tu daftar dulo baru tanya... nak tarik balik xleh...mendapatlah namanya...hahahaha...REDHA je lah.... kepada yang nak try tu... tanya dulo dgr citer pasal TiTi100...semua citer pasal hantu jer....hahahaha...betui...

sampai di SL pukul 930pm. jumpa kwn2 runner. berborak. gemuruh dan nervous semakin laju bila menghampiri 12am. 11pm aku telah mula kan stretching, regang apa yg patut. jgn sampai tertanggal sudah...coz nak guna 50km kejap lagi. MANDATORY ITEM semua dh ada dah dah di periksa. 1140pm. semua ITEM dah ada pada badan. selesakan dgn badan. dlm bdn terlalu bnyk air. Asyik terkencing dari sampai tdi. las kencing 1155pm. set gps pd hp. salam kengkwn. wish good luck

PPPEEEETTTTTTTTTTT.... larian pun bermula

Larian bermula pukul 12tgh mlm. COT 10jam untuk 50km kategori. Aku bermula di kelompok belakang sekali. AIM nak habiskan larian shj. story ni akan di olah dgn cari larian dari CP ke CP. setaip CP ada COT nye sendiri. well planing not timing but pace yang dibawa time tu....INI PENTING. untuk larian ini, aku tidak focus pada pace. lebih kepada mengejar masa je. actually time tu JAM LAJU (jam GPS) xada lagi... hehehehe

SL ke CP1 (9km)

wah 1st run mlm...semua dah cam kumang2 terbang mlm...bercahaya pada setiap runner hehehehe... untuk sampai ke CP1 ada 3 bahagian. Flat (3km) - uphill (3km) - downhill (3km). aku menggunakan 1-2km pertama untuk mendapat kan redeem yang sesuai...heart rate yg sesuai dgn pace. segalanya manual xada HRM. cukup 3km mula pendakian pertama 3km hahahaha... mulalah kadar zikir semakin cepat...penat wei... slope yang mencanak. time tu bermula kelompok bermula kecil. merecik peluh time tu... cukop mendaki kita turun pulak (3km)... wah timing yang ni mmg ingat below10min -3km... laju habak hang aku lari time tu...tapi turun bukit beb... hahahaha... time ni semua runner ibarat burung layang tebang...laju je memasing... hahahaha sampai di CP kurang 1jam15min...coz itu plan aku.... CP1 succeed.....

CP1 ke CP2 (6km) ke CP3 (9km)

Mkn buah tembikai sejuk kul 1am mmg nikmat... best wooo.... selapas CP1 inilah bermula LONE RUNNER... coz belakang jauh depan pun jauh... aku xsure aku di tempat ke berapa... cuma nampak lampu klip2 jer hehehehe... 1-2 km pertama agak flat then mula mendaki dgn slope yang agak casual... bermula pendakian ke2 yang dipanggil daki xkunjung habis hahaha...lebih kurang 15km mendaki tanpa henti...xlari berjalan...xjalan berlari...itu jelah aku buat untuk habis larian ke CP3. Di CP3 ni lah ada COT kena kejar. aku mmg berlari seorang yang bertemankan headphone ditelinga sambil dgr alunan ayat suci AlQuran. Dah org duk citer hantu...aku pun takott... then itu jelah ubat sebagai penguat semangat. Alhamdullillah ia lebih dari beri semangat. Larian mlm ni memberi kan ketenangan. klu yang berani cuba tgk sekeliling. klu bernasib baik leh ternampak hahahahaha... nikmati ciptaan Allah yang Kuasa... Mmg akan tersa kerdil shj diri ni.... bau-bauan pun leh tahan juga mencabar keberanian.sampai di CP2, cuma mkn sedikit dan terus ke CP3. disini jugalah plan berubah serta-merta.... sebab takkan aku nak berlari je sepanjang 50km...mmg idak lah... aku plan 25/5. iaitu 25min run 5min jalan... itu sebab aku mmg tidak berhenti... hehehehe...sungguh berkesan selepas run 25min kita leh jalan dan restkan badan dptkan balik heart rate yang normal...biasa taakkan normal hahahaha....itu lah aku lakukan bagi menghabis larian ke CP3.

CP3 (U-TURN)

alhamdullillah sampai but not as a plan coz timing lari dalam 10min. kat CP3 mknan lebih meriah... ader roti leh sapu dgn peanut. kedudukan tak sure. tapi tak ramai time tu kurang 50org compare total 50km runners xsalah dlm 3++. just minum mkn pishang dan tembikai...siram kaki bagi sejuk sikit dgn air. 

Ye CP3 ada CP U-TURN bagi 50km.

CP3 ke CP2 ke CP1

larian lebih relax, tapi ada sesuatu yang tidak disangka rupanya. Even ke CP2 adalah turun bukit. Ia tidak berlaku seperti yang diharapkan seperti turun bukan nak ke CP1. ini kerana slope turun bukit tu tidak terlalu curam dan landai. masih memerlukan kekuatan kaki untuk berlari. Dengan erti kata lain, serupa macam berlari naik bukit...hukhukhukhuk.... keadaan muka bumi untuk route TiTi100 ini adalah berbukit...xada angin langsung. Cuma di beberapa tempat dan sekejap. Cuaca panas tapi masih dlm keadaan terkawal. Dehydrate pun berlaku dlm keadaan perlahan. Sampai CP2 minum air dan terus ke CP1. time ni mmg runners run berkeseorangan. klu takotttt.... apa lagi kejar lari bersama lah...tapi other runner klu kita dekat dia lari laju jauhkan diri...hampeh tul....hahahaha

CP1 ke FL (9km)

Samapai di CP1 bnyk makanan dah habis...hahahaha...lapor idak but aku nak bawa bekal time run... coz lepas CP1 akan bermula pendakian 3km yang cerun yg curam. Minum air, ltk air dlm dlm baju dna kat tengkuk... aku meneruskan larian...silap berjalan hahahaha... aku berjalan shj sepanjang 3km ni..... belakang xada org...depan xada org...aku sampai di puncak pendakian sebelum menuruni bukit lebih kurang 5min selepas azan subuh. klu ikut kiraan aku ader 6km untuk habiskan. dan tamatkan larian b4 7am. Ini kerana b4 7am, akan dapat silver medal. Di puncak sebelum turun aku bersama dgn seorang virgin runner cam aku gak.... kami meracuni sesama sendiri untuk samapi sebelom kul 7am. kami turun bukit dari pace 0. kwn tu sebagai penjaga pace coz dia ada jam laju hehehehe aku duk tanya pace berapa... time tu mmg aku hold out setelah aku habiskan 44km... over FM tu.... untuk ke FL. finally kami lari bersama... xpegang tgn.... pada pace 4:45-5:00 sepanjang 3km turun bukit tu. Tak sure dari mana semangat tu kami boleh berlari. Rujukan aku time tu, seingat aku. SL 3km flat akan jumpa masjid, dari masjid tu start mendaki... Jika aku terbalikkan, jika aku jumpa masjid...turun bukit pun habis dan aku akan lari flat lagi 3km... Kesilapan berlaku lagi hahahahaha... suara mengaji dari spekaer masjid masih jauh even terdengar terlalu jelas, ini kerana keadaan mlm menyebabkan suara org mengaji kedengaran terlalu jelas hingga sangkakan dah nak dekat sampai... hahahaha kena tipu aku... dalam 600m sebelom sampai ke masjid kami terpaksa berhenti dan berjalan amek napas...time tu aku xsure berapa heart rate aku time tu... sepanjang turun bukit tu...sahabat turun bukit aku duk ngeluh kata tak boleh coz dah penat...dlm penat tu..amek pace 4:45 dia jejak... hahahaha

Masjid ke FL (3km)

disinilah bermula mentel adalah musuh ketat aku...'dia' tunggu time yang paling sesuai untuk serang aku... ini lah time dia... mentel aku  mmg terganggu, give-up mula bermain... silver medal mula dilupakan... time tu pukul 6:25 - 6:30. masih berbaki 3km.... ikut kiraan mathematical (tgk aku eja dlm omputeh tu hahahaha) aku mmg sempat habis...tapi tidak... kaki berlari tapi masa lebih laju berlalu... dgn otak yg tgh lemah untuk mengira... terus arah kan kaki untuk berjalan... lupakan silver medal tu...ko tetap akan dpt medal juga kan.... Alhamdulillah sahabat run saya bnyk membantu support, paksa saya habiskan larian... 300m bila dah ternampak FL lagi sekali tak tahu booster mana dtg ntah datang pace kembali meningkat. Alhamdulillah kami berjaya habiskan larian b4 7am dgn jayanya.

post running:

Cool down and recovery

Tengok video sikit TiTi100-50km (2016)

Ridzuan@Brandon@CRS









Nota Runner: Pre-running kita citer lain yer