Monday 31 October 2016

Think part 1

Think....

Sometime not sure what I'm thinking about...

Plan, technic, method, attitude, time, etc

A lot which 1 is very important.

How to manage time then focus that make me not enough time for that.

Which 1 is better relax or feeling nervous or not enough time to complete a task?

Maybe relax is good. No stress. No pressure to complete a task BUT that good. That will be made me lost because nervous, stress and pressure to remind me to think.

Which 1???

Ridzuan@Brandon@CRS

Friday 28 October 2016

Jumaat... esok deepavali

Sudah solat jumaat, esok deepavali... happy deepavali

Alhamdulillah diberikan kekuatan dan kesihatan bagi meneruskan perjuangan...

Telah merancang dan melakukan apa yg dirancang bagi melihat keberkesanan perancangan tersebut. Jika berkesan, semoga diberi kekuatan, kesihatan dan paling penting Istiqamah.

Jika perancangan tidak berkesan. Plan B, C dan seterusnya akan menyusul dalam memastikan perjuangan itu selesai.

Intensity dalam menghasilkan penulisan juga telah ditingkatkan. Pengawalan QC juga perlu dijalankan serentak bagi mengelak berlaku 'ketirisan' dalam penulisan tersebut.

Focus amat dititikberatkan bagi memastikan perjalanan dalam perjuangan itu berada dalam perjalanan yang betul.

Kita jumpa pada post yang akan datang

Progress
CHAPTER 1 - DONE
CHAPTER 3 - IN PROGRESS

Masih menunggu ujian fizikal yang terakhir beserta dengan analisis numerical.

Selepas tu.... perjalanan terakhir dlm perjuangan

Semoga saya berjaya... amin

Ridzuan@Brandon@CRS

Saturday 22 October 2016

Jazz....

not bad when your study and hear simple tone of jazz... really relax and fun...

why not... jom try


List of song of jazz (piano/guitar)
1. Jazzwoche Burghausen 2011
2. Lisa Ono
3. Norah Jones
4. Keiko Matsui
5. Lee Ritenour & Dave Grusin


Have fun

RIDZUAN@BRANDON@CRS

Tuesday 18 October 2016

Challenge begin

Alhamdulillah... support by untie... dapat pinjam bilik kerja beliau untuk penulisan... 


Semoga tempat baru ini lebih mencambahkan idea dalam penulisan...

Why not kita try... tempat yang lebih selesa... untuk berjaya kena keluar dari comfort zone... kita try yang simple je dahulu... semoga dipemudahkan dengan perkara yang lain pula kelak...

Terima kasih

Ridzuan@Brandon@CRS

Sunday 16 October 2016

Berdebar

Alhamdulillah Dr kata xada apa2... semoga emak cepat...

Semoga apa yang berlaku... aku terus kuat dan tabah menempuh segalanya bagi menyiapkan thesis yang tebal bagi mendapatkan segulung sijil.

Hari ni cuaca bagus... sampai di bilik PG room dan siap nak buat kerja dapat call dari Angah... wow... dgr suara pun dh tau something happen.... tabah dan dgr... pgi tdi keadaan mak tak berapa bagus... badan lemah dan menolak dari diberi makan. Angah bawa ke hospital dan sampai di hospital emak muntah.

Skrg emak tgh tido... badan sedikit menggigil. Tapi Dr bagitau kondisi baik cuma skrg tunggu result ujian darah.

Semoga  segalanya ok... amin


Alhamdulillah result test ok... mak dah balik.

Terima kasih

Ridzuan@Brandon@CRS

Tuesday 11 October 2016

Permudahkan

Mudah.... dipermudahkan... permudahkan


Membawa maksud berbeza... tapi dengan 1 perbuatan membantu, menolong, menghulurkan....

Segalanya akan permudahkan urusan kita...

Xrugi jika tak menolong, tapi rugi klu kita tak dibantu...

Then.... ikhlas



RIDZUAN@BRANDON@CRS

Sunday 9 October 2016

Berapa perkataan sehari

Assalam

Thesis.... penulisan.... taip dah siap...

Ye ke???

Ok kita try lebih realistic....

Untuk menyiapkan thesis anda perlu menaip beberapa perkataan. Cukup jumlah perkataan siaplah thesis tu.... kita amek contoh... 1 thesis 10,000 perkataan.

BILA NAK SIAP DENGAN MENAIP 10,000 TU?

Soalan pun tanya BILA, jawapan mesti dlm NOMBOR kan...
Dah kata REALISTIC.

1 HARI BERAPA BANYAK NAK TULIS.... 100, 200, 300, 400 &....

MESTI RAMAI YG NAK AMAUN YANG TINGGI DAN CEPAT SIAPKAN THESIS.
Ok make it simple lagi.

100/day = 100 days siaplah thesis
200/day = 50 days
300/day = 33 days
400/day = 25 days
Seterusnya....

RASA2 NAK YANG MANA?

OK HOW TO CHOICE....

NOW MAKE IT IS PRACTICAL PULOK

100 DAYS WILL BE COMPLETED THE THESIS.
Reasonable but lama pulok

50 DAYS WILL BE COMPLETED THE THESIS.
Reasonable and practical

33 DAYS WILL BE COMPLETED THE THESIS.
Nak yang ni sebulan dah siap.

PERSOALAN SKRG.... MAMPU KE KITA MENAIP SEBANYAK MUNGKIN DALAM SEHARI.
SEMAKIN BNYK KITA MENAIP. SEMAKIN PRODUCTIVE. TAPI JANGAN JADI TERLALU PRODUCTIVE KERANA PENGHASILAN THESIS BUKANLAH SEPERTI BERLARI LAJU... LEBIH KEPADA MARATHON YG JARAKNYA TIDAK DITENTUKAN SEPERTI LARIAN ULTRA.

ENERGY (KESIHATAN)
+
SPEED (IDEA)
+
MENTAL (MOTIVASI)
+
FITNESS (STRENGTH)

ANTARA FAKTOR DIATAS BARULAH THESIS DAPAT DISIAPKAN DENGAN JAYANYA.

Jom lunch dan solat

Wassalam

RIDZUAN@BRANDON@CRS

Cuaca cerah...

Panas hari pukul 7:15am... matahari dah mencacak... time yg best buat testing or collect data...

Tetapi cerah xsampai ke petang, moga cerah hari ni sampai ke petang bagi memudahkan dan menyiapkan segala kerja yang dirancang

KESIHATAN..... sure semua kata PENTING. Hakikat nya....

Bagaimana dengan piramid makanan yang diwar-warkan.... ikut ke??.... KE LAUT kot....

Cuba kita research.... xyah lah... sekadar monitore je cukuplah...apa yg kita mkn minum... ok tak....

Saya pernah merasa berat 88-89kg dgn ketinggian 177cm... boleh kira kat mana level BMI time tu.... lepas tu ke 75kg dlm tempoh 3bulan.... skrg naik ke 82kg... hehehehee dan cam monitore saham turun naik turun naik lak... hakikat nape naik dan turun...

Ramai terfikir susah nak buat atas sebab xada masa nak exercise... bak kato org nismilan... KO JANGAN NAK MEMBONGAK... berat saya naik ke 82kg atas sebab xjaga makan... bukan sebab tidak bersenam... average larian saya seminggu 20-30km... xcukop bersenam ke tu???... LU FIKIRLAH SENDIRI...

Piramid makananlah GAME yang kita kena create untuk kita SEHAT... betul gemuk pun sehat... klu dh gemuk level BMI... OBESITI... mana datang sehat... jom ada beran kita gi check kat sepital.... jgn tetiba dpt sakit jantung...

Sory agak kasar paragraph kat atas tu... bukan itu maksud saya... setiap pagi amek brekpes.... dgn makanan atas meja, sekotak rokok yg suprise ada ubat sekali.... hmmmm oklah

Fikir-fikirkan

Bila menulis kesihatan bnyk membantu mempercepatkan penulisan kita....

Apapun doakan perjalanan kita dipermudahkan amin..

RIDZUAN@BRANDON@CRS

Saturday 8 October 2016

Writing + Format = THESIS

Berehat 15min kejap...

Sibuk dengan writing...

Format ok ker?? 

Dah cek dengan School Graduate memasing...

Masih meneruskan Writing sehingga siap...

Formatting pun bermula... awalnya terasa xpenting... bila nak submit mula 'lari-lari'... kenapa ye...


Kena cari penyelesaian juga... Writing bagai nak rak buku kat library... final stage formatting yang menjadi penghalang... ia merupakan lari berhalang... cuma perlu melangkah sahaja tanpa melompat... tapi jgn lupa... ia umpama kanak-kanak kecil mula berjalan... langkah pertama itu amat penting... 

tetapi

KANAK-KANAK KECIL ITU SEORANG YANG CEKAL... JIKA DIA TIDAK BANGUN SETELAH LANGKAH PERTAMA DIA JATUH DULU... DIA TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MENGHABIS WRITING THESIS YANG LEBIH SUSAH INI...

Dengan langkah pertama itulah, Dia menyiapkan WRITING THESIS ini dengan jayanya, dengan itu FORMATTING THESIS tetap sesuatu yang PENTING dengan syarat PENGETAHUAN MS WORD JUGA DISAMA PENTINGKAN SEPERTI WRITING THESIS.

THESIS IBARAT BABY, MS WORD IBARAT BAJU YANG DIPAKAI OLEH BABY TERSEBUT... BABY AKAN MENJADI LEBIH COMEL, LAWA DAN CANTIK SELEPAS BERBAJU KAN....

BAJU = MS WORD FORMATTING = PENTING

Janganlah kita membuat tidak tahu...

Ini ada link harap dapat membantu MS WORD FORMATTING

Good luck kepada semua 

 
RIDZUAN@BRANDON@CRS









Wednesday 5 October 2016

Bosan bila menulis.... kenapa???

Hari ini bermula menulis secara total draft thesis.
Jom share, apa yg melambatkan kita menulis:
1. Internet - bila xada xleh wat kerja. Bila ada asyik nak 'rehat' je pulok... tgk fb, whatsapp dan memacam lagi
2. Bila menulis memerlukan internet sebagai support writing. Contoh terlalu bnyk data yg disimpan tidak terus dlm hard disk. Bnyk menggunakan data storage dlm internet seperti dropbox, google drive dan bnyk lagi. Even semua ini bagus dalam penyimpanan data. Tetapi tidak bagus dalam penulisan kerana jatuh bangun cepat lambat kerja penulisan itu bergantung kepada Speed of telco yang kita gunakan yg terlalu subjektif telco mana yg menyediakan servis yg pantas ala2 ucin bot.
3. Bosan boring mengantuk juga antara faktor kehilangan focus semasa melakukana penulisan. Ini part kena bijak. Maybe 45min writing 15min rest. 1 cycle... bila buat ke cycle ke 3 dan seterusnya... writing jadi 15min dan rest 2jam hahahahah
Nanti kita share lagi. Nak solat zohor.
Cuaca panas di UPM hari ni. Xcaya... jap

Monday 3 October 2016

2-days course on FORENSIC CIVIL ENGINEERING SEMINAR 2016 (ForCES'16)

2 days course about the post mortem on buildings or structures.

How to:
1. Determine
2. Analyse
3. Design
4. Propose
5. Conclusion

The organizer:
Forensic Engineering Centre
Institute of Smart Infrastructure amd Innovative Construction (ISIIC)
Faculty of Civil Engineering
UTM
81310 UTM
Johor

www.cfe.utm.my

Monday 19 September 2016

Test postpone lagi

Adoiiii... this is 3rd time my test postpone due to the unpredict problem...

this time data logger burn out pulok...

Relax and cool bro... hopefully Allah still to help me

Wednesday 14 September 2016

BaCK 2 eNDuRaNCe 2016

Terima kasih kepada yang baca posting kali ini.... Maaf lambat nak siapkan kerana masalah teknikal...


Post kali ini, agak panjang dan detail... lebih kepada preparation untuk 3rd ULTRA - Back 2 Endurance


Lebih kepada berkongsi pengalaman apa yang telah saya buat untuk break PB dalam kategori distance iaitu 50km Ia dibuat semasa 2 event yang lepas (Boleh tgk post yang lepas - TiTi100 & Route68). 

Alhamdulillah... 64.4km dalam 11:49:53 jam. Larian loop dengan 2.3km untuk 1 loop... boleh dikatakan ini adalah run sampai lebam lah hehehehe....

jom kita share sikit


Cerita akan berkisar kepada beberapa topik:
1. Training
2. Recovery
3. Plan
4. Pengalaman
5. Penghargaan


Training:

Sebelum 8 Ogos, training lebih kepada speed, interval, hill dan recovery hehehehe... selebihnya kepada makan jer hahaha...

Untuk mendapatkan training yang berkesan... kena borak dengan otai hehehe... Abdul Rahman Abu Hassan sapa xkenalkan... thanks bro... Beliau mencadangkan beberapa training untuk B2E ini. Dari discuss dengan beliau saya menyusun jadual mengikut kesesuaian dengan diri saya sendiri. 

Yang penting dalam training, mesti FUN, habis training SMILE dan EFEKTIF.


8 Ogos bermula training untuk event B2E berjalan secara intensif/insentif (mana satu ni...blur)... ini kerana event terakhir adalah Route 68 (April 2016) hampir 5 bulan baru run balik dalam competative event...memang agak menakutkan...nerbes pun ada juga ni... persediaan untuk sesuatu event itu agak berbeza... pada kali ini penekanan dalam mental adalah dilebihkan kerana route B2E lebih flat dengan permandangan yang indah dengan mengelilingi Tasik perdana.

Planning untuk training sepatutnya 3x/week tapi apa kan daya ada yang tercapai dan ada yang tidak tercapai dengan sebab2 tertentu... itulah nasib runner part time hahahaha...

Training ini lebih kepada LSD cuma lebih focus kepada maintain pace dan rest mengikut time. Pada masa yang sama cuba menyesuaikan tempoh rehat dengan tubuh kita. Saya cuba membiasakan diri untuk berehat dengan cepat dan body kembali segar untuk next loop.

Training 1 
Dengan berlari selama 1:45jam tanpa henti dengan pace tidak melebihi pace 6:30. tanpa henti

Training 2
Penambahan 15min dalam tempoh larian. Cuma rehat dilakukan pada setiap 1 jam. Pace masih sama dengan 6:30.

Training 3
Penambahan 15min jadi kepada 2:15jam. Masih Pace 6:30. cuma Tempoh rehat dibuat pada setiap 2.3km. Ini merupakann simulasi sebenar seperti dalam larian B2E.

Training 4
Masih mengikuti Training 3 cuma tempoh rehat lebih specific dengan 3loop x 2.3km rest 1min setiap loop dan loop 4 rest 2-3min. Training ini lebih kepada untuk mendapatkan 4loop dalam tempoh 1:10jam termasuk dengan rest. Timing ini agak sesuai dengan saya bila diambilkira semasa training dengan air yang cukop, kondisi body dlm keadaan yang agak baik...

Training ini juga, saya gunakan untuk melatih saya minum bagi setiap 2.3km...

Walaubagaimanapun, training ini masih buat saya gusar dengan keadaan sebenar kerana.... B2E adalah run disiang hari... training ini dilakukan pada sebelah malam shj... kadar dehydrate pada bdn saya agak kurang dicompare larian pada sebelah siang nanti.

Antara simple ujian dibuat adalah, saya masih mampu terkencin dgn color kunin yang rendah menandakan dehydrate saya masih rendah. Dengan erti kata lain, saya kena kerap minum air semasa larian B2E itu nanti bagi elak dehydrate yang teruk nanti.


Aizat Yanan yang membantu dalam mendapatkan kek marathon ni
Semasa training juga saya cuba mendapatkan beberapa energy bar yang sesuai dengan saya. Marathon Baker adalah yang saya gunakan dalam training. Hasilnya mmg terbaeek... Saya amat berpuas hati. Saya mampu run dengan lebih lama dengan energy yang banyak. Kekerapan 1x, setiap 1jam. 




Antara jenis yang saya cuba Runbananaz, Energy bar: Brownies, choc peanut with choc topping, mocha dan choc diva.








Recovery

Setiap kali habis run... cool down mmg dilakukan dengan cara yang betul dah lebih lama... cool down dgn yoga adalah yang saya lakukan bagi memastikan muscle yang dah digunakan bebetul relax... minum banyak air... mandi... pakai compression socks dan tido dengan kaki lebih tinggi dari jantung... 



LSD terakhir
Brekpes dengan telur half cook dan lebihkan carbo. Banyakkan makan Natural protein dari mengambil sintetic protein.

Itulah yang saya lakukan... Alhamdulillah saya dapat recovery dengan baik dan dapatkan teruskan training dengan rest cuma 1 hari shj.

Plan/target

Target untuk event ini adalah untuk break my PB 50km tu...kira dpt 51km kiranya saya dpat silver medal... itu pun dah cukup bagi saya... tapi apa yang berlaku adalah luar jangkaan... apa dia yer....


Ini adalah plan on paper bagi mencapai 51km. merujuk kepada pace terebut...
ada beberapa Plan lain yang dibuat selepas berbincang dgn ultra runner Fakhrul Rambo. Cuba baca blog ni. Itu yang saya terapkan dan plan dlm training saya ni.

Pengalaman

6:30am FO, perasaan nerves tu ada kerana lama xrun dlm competative event. Nerves nak hadap 12jam, panas, sakit, pedih, blister, lenguh, cramp pelbagailah sebelom run. COT untuk B2E adalah 12jam, 6jam ke-2 arah run akan berubah menjadi kepada reverse... tak tahu kenapa... yang saya tahu... run jer lah...


Alhamdulillah sampai awal ke tapak event... sempat borak dengan kawan2 ultra.. yang baru lepas freaser 70.... adoiii... tertekan sikit. Tetapi, ultra marathon bukan seperti disangka... bnyk yang tidak disangka boleh berlaku semasa run itu nanti. Even run ini lebih kepada pusing taman, ramai ultra runners bersependapat... kebosanan, mental dan cuaca akan jadi penghalang onak duri untuk B2E ini. 

Walauapapun... sebagai memMOTIVASI diri sendiri... saya menggunakan kelengkapan ultra run pertama saya iaitu TiTi100. Brooks Ravenna 6  adalah pertaruhan untuk permulaan run ini. buff Route 68 lilit ditangan kanan. Fenix 2 seponser by Ismail Razali (pinjam) hehehehe... Spec Rudy Project seponser by diri sendiri lah hahahaha... 


Ok, apa final plan untuk event ini....

Complete 4loops = 1 set in 1:10jam

Alhamdulillah, berjalan lancar sehingga set 3 (12loops). Masuk loop ke-11 game bermula dengan suhu di taman botanik mula panas. 

Set 1 (0:57:06jam), Set 2 (2:03:32jam). Ada baki lebih kurang 16min... tapi apa yang berlaku di set 3 saya menghabiskan larian 3:29:00... berbaki 1 min... 


Pada waktu ini, kaki saya telah blister dan sakit. Kerana kasut dah basah dengan peluh. Stokin dah tukor masa loop ke 8 (Xingat). Cuaca semakin panas... Leg masih dlm keadaan ok tiada tanda-tanda untuk cramp. 

Sepanjang tempoh larian ni, xingat dah berapa loop, berapa kali kena potong dengan runners dan berapa kali aku potong dia org pun xsure.

Yang saya perasan, sepanjang larian, pelbagai lapisan bangsa, umor, local runners dan oversea pun ada dalam larian tu. Ada dari golongan profesional, bisnes, surirumah dan ada yang student (aku lah tu)... hahahaha... sempat berborak dengan ultra runners (Omputeh, pic bawah berbaju kuning) berumur 67. Beliau tamatkn larian 60km (wooowww). humble... dah 6tahun duduk di Malaysia... beliau run untuk kesihatan dan for fun... lepas berborak seketika, saya tgk pace dia terganggu dengan pace saya... saya telah minta dia teruskan larian... adoiii aku kena potong beb dengan 'orang tua'.... itulah perkataan bahasa melayu omputeh tu ckp dgn saya...'saya sudah tua, tidak larat'... tapi dia potong aku hukhukhukhuk.... tercabar time tu, tapi perancangan yang telah saya atur kena diikuti bagi mengelak body say lebih cepat fatigue nanti... finally I found it, he is James Willis. I respect you pakcik orang tua....


Mereka semua datang dengan impian memasing... yang pasti keseronokan dalam larian dapat dinikmati bersama, sakit bersama, serik bersama (yang xberapa nak serik)... tetap akan meneruskan larian sehingga impian memasing tercapai...



Solution dari kaki yang sakit tu.... lap 14 (32.2km) saya telah buka kasut dan stokin... run dengan selipar... wah time tu... terasa lega sgt... saya cuba menyesuaikan dengan new stride, pace dengan larian menggunakan selipar yang tak pernah saya buat even dalam training... saya bertahan sehingga lap 23 (52.9km) berlari dengan menggunakan selipar asadi... hehehehe...dah rasa cam bigfoot... hahahhaa


Pukul 2:15pm... saya tersenyum merentasi SO/FL dengan distance 50.6km... officially PB saya dah terpecah... saya meneruskan 1 loop lagi dan rest untuk solat zohor dan asar.

Ada beberapa status dlm fb yang bertanya berkenaan dengan solat semasa run ni... ok apa yang saya buat... dalam plan saya akan stop solat zohor pada pukul 3:45pm dan terus menunggu solat asar. Time tu, saya rehat panjang plan 1jam bagi memastikan saya mampu untuk bertahan 2 jam terakhir untuk mendapatkan loop yang lebih bnyk. Mengikut plan saya akan run dengan sepenuh hati pada 2 jam terakhir dgn pace selaju yang boleh. 

Alhamdulillah, waktu rehat tu saya gunakan untuk mandi, solat zohor dan asar. Selesai solat asar di belakang kereta dengan membawa sejadah sendiri. 


Saya memakai kelengkapan run yang baru dan masih kering. Pada kali ini saya run dengan memakai kasut brooks pure cadence. 

Larian selepas rest pjg ini, feel seperti mulakan larian awal pagi tdi, badan fresh sgt, run dengan hepi sekali, terasa seperti budak2 yang berlari bermain di taman permainan (PB dah pecahkan). Ramai ultra runners time ni lebih kepada berjalan dari berlari. Saya rasa dn asyik tersenyum dalam larian.. even daari loop pertama dah senyum dah... senyum pengubat hati... coz buang tebiat lari sampai 12jam... itulah mental yang saya kena lepaskan utnuk mulakan larian... 

caranya... 

menikmati keindahan taman botanik, melihat kelitah family yang picnic... yang best tu ada sessi photoghraphy org kahwin hahahaha...retis pun adoooo ko tau tak... ciz naper aku xamek pic dgn fasha sandah.... sure jeles sapa baca blog ni kan hahahahaa...


Larian diteruskan, Saya terus berlari dengan setiap loop kurang dari 22min, Finally, 2jam terakhir saya berupaya buat 5loop officially but kiraan aku yang dah pusing xtau berapa loop adalah 6.

Official result, 64.4km dalam masa 11:49:53jam bersamaan 28loops. Inilah kejutannya... saya xsangka boleh berlari sejauh 64.4km dan selama 11:49:53jam ini... terbaeeekkkk...

Lunch seponser by jie. urger bakar... mmg mark dan bro muz... terbakar habis... xreti nak stop lepas tu...

Terima kasih kepada semua yang membantu dalam run B2E saya ini. Organizer pun best. Hard work.

Terutama wife tercinta, anak-anak (Najla, Najwa, Najmi),
fairuz, fakhrul rambo, Abdul Rahman, Ismail razali, don dan beberapa kwn lain. 

Photographer yang awesome2 hahahaha...

Tidak lupa semua ultra runners yang join B2E dan xjoin tapi xputus memberi support,  fairuz, Bro muzafar, mark, pak jat, pok zalee, makcik alyn, shahidi, saya merah (Tahniah bro), kak ngah, pok melan, pok pul, jie, amlya, Orang tua, Pak Salee, Ucu Aman, Nani Mastura dan beberapa runners lain yang baru kenal.

Jumpa lagi B2E 2017


Ridzuan@Brandon@CRS

Monday 5 September 2016

Viper - King of The Mountain 2016

ViPeR - KiNG oF THe MouNTaiN (V-KOTM)

This time kita panjat gunung genting pulok, selepas beraksi di ViPeR aReNa-Stadium Shah Alam, kita tgk apa yang kita mendapat kali ni

V-KOTM dijalan kan gi Gunung Genting. Flag-off di keta kebal sky-way. 

Kategori Elit, xsempat nak selpie bagai... mmg makan asap dgn geng2 sado ni...

Cuma di V-KOTM di mulakan dgn larian warm-up dan berlari lompat tayar. dan terus mendaki dijalan tar keras ke Awana. larian dlm 2km lebih kurang dan mula berjumpa dengan pelbagai obstacle. Itu adalah obstacle part 1, then down hill dalam 3-4km di jalan tar ke obstacle part 2...

Kemudian teruskan larian ke obstacle part 3 dan tamat larian.

Komen, obstacle di V-KOTM ini agak mudah jika dicomparekan di Viper Arena-Stadium Shah Alam. 

Walau apa pun, enjoy the run... waiting the last Viper Sepang 20km + 20 obstacles. Dengan memperolehi GOLD Medal

Ridzuan@Brandon@CRS


Kat situ flag off nyer
ini wave yang keberapa xtau... ini kategori fun... boleh masuk dlm individu dan group
Gigit medal wajib
Great Eastern as sponser
King of Hulk
King sgt amek kena smash diri sendiri
Ini sapa nye maskot terlepas ni
Sure bro ni survived... hehehehe
Penyemponser besor... 
Statement ni win... NO SELFISH

Photo dgn VIPERians