SCKLM 2017 adalah larian pertama dalam event ini dalam kategori Half marathon. Terjoin selepas dapat offer dari kawan runner Bhuvana. Tidak merancang untuk apa2 dalam SCKLM 2017 ini. Lebih kepada menikmati larian dan berjumpa kawan-kawan. Pernah daftar SCKLM 2015 tapi dibatalkan atas sebab jerebu.
Tak pernah join run seramai ini. Alhamdulillah dapat habis kan larian sub 2:30 seperti dalam pendaftaran. Free injury.
Larian ini adalah paling banyak cubaan keluar masuk tandas pada setiap WS. Mileage untuk larian ini juga tidak beberapa memberansangkan. Jadi kita pepaham lah.. tidak perlu memaksa diri.
Bermula dari PEN 3, dalam xsedar ada di PEN 1... hehehehehe... FO tepat pukul 5:30am... bermula dgn larian warm-up. Tidak sampai 500m dari SL, rasanya pelari dari PEN 3 dah potong. xtau dia org nak kemana laju2... hehehehe... larian awal ini lebih menggunakan PACER 2:00 sebagai guide. Tetapi terpaksa lepaskan PACER 2:00 pergi kerana di KM 6 ada surau TH. Solat subuh disitu. selepas itu mula mengejar PACER 2:30 dan pastikan mereke senantiasa dibelakang. Bermula km 8, toilet dicar. Finally jumpa selepas 2/3 WS. Setiap WS ada persembahan dan penyokong dari seponser dan persendirian.
Saya decide di km 20 akan stop berlari untuk berjalan sampai ke FL, tapi ubah plan mula berjalan dan bergambar di 500m terakhir... SELAGI PACER 2:30 ada belakang saya... nasib tgh seronok bergambar dgn runner lain... ternampak belon PACER 2:30... adoiiii.. kena start lari semula ek FL. 2:29 masa tercatat.
Route yang bagus (Nasib baik xmasuk bukit tunku), cuaca sungguh baik, penganjur, voleentor pun terbaeek...
Tahniah boleh masuk lagi tahun depan dengan jarak yang berbeza dan latihan yang lebih teratur.
No comments:
Post a Comment