Wednesday 10 August 2016

RouND 2

Assalam...

Baru sempat nak menulis ringkas 1hb Ogos 2016 bermulalah Fasa 2 dalam menyiapkan research study saya. Yang lebih penting menyiapkan final product iaitu THESIS.

Doakan semoga segalan nya berjalan lancar, diberi kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk meneruskan study ini dan juga minda yang kuat dan cerdik supaya mudah untuk menyelesaikan masalah.

Masalah yang dihadapi adalah pengalaman yang diibaratkan seperti membina sebuah teratak yang pelbagai guna. Awalnya sekadar tempat perlindungan dari siang dan malam. Seterusnya teratak tersebut boleh digunakan sebgaai tempat untuk berlindng dari
binatang buas. Teratak tersebut terus semakin sempurna bila mana ia digunakan sebagai tempat berlindung dari hujan dan panas. Bagi mempelbagaikan kegunaan teratak tersebut rupanya di bawah bumbung teratak tersebut ia luas tanpa 'dinding'. Setelah di letak dinding keadaan rumah semakin sempurna bilamana kegunaannya boleh dipelbagaikan lagi. Dan seterusnya.....

Akhirnya TERATAK tersebut dari 4 batang tiang dan berbumbung sahaja, ia menjadi sebuah TERATAK SEMPURNA setelah segala MASALAH yang timbul dapat diselesaikan dengan jayanya. 


 Semoga sepanjang tempoh membina TERATAK SEMPURNA itu, dipermudahkan segalanya.

Sepanjang tempoh itu akan di update dari semasa ke semasa.



Setenang air di kolam Fakulti Kejuruteraan, UPM ini, jangan sangka tiada bawak besor hahahahaha
Keep smile

Ridzuan@Brandon@CRS

No comments:

Post a Comment