Saturday, 2 July 2016

Obstacle Course Racing - Warrior Trail 2016


Warrior Trail 2016 - SEMENYIH ECOVENTURE RESORT (SER)


Ini event pertama obstacle run... Ingin mencuba... menarik juga... menambah rakan dalam bidang larian obstacle ni...

Obstacle Course Racing... Larian berhalang... Spartan Race, Viper, Mud Worrior adalah antara obstacle run yang top di Malaysia. Warrior Trail (WT) antara yang meningkat naik. Xpasti tapi organizer pernah manage event ni di negara jiran... Itu xpenting... yang penting apa yang aku 'mendapat' dalam event ni... Jom kita membaca... Jarak WT 10km dengan 25 obstacles...Belanja pic dulo...

Que nak amek race kit. Event pertama yang aku join amek race kit b4 Flag off (FO).

Event ini agak.... sory mmg teruk pada permulaannya kerana kesilapan penyerahan race kit sebelum FO. Sepatutnya runners akan dilepaskan mengikut wave yang telah ditetapkan. Tetapi ia tidak berlaku... wave pertama berlepas pada pukul 8:++am sepatutnya pukul 7:00am. Aku terperasan runners WT ini akan run kepada 3 bahagian 2km pertama dalam kawasan SER, 6km kedua trail dan 2km ketiga dalam kawasan SER balik.
Muka lama kena tunggu
Bila nak start ni.... Beg HP penting tidak habis HP jadi ikan berenang...
Event ini agak berbeza dari segi runners yang join. Boleh kata ini event abg sado lah sng... hahahaha... Memang agak berlainan. Kedatangan lebih kepada grouping dan dengan memakai baju previous event cam Spartan 2015, Spartan Singapore, Viper 2015, Mud Warrior dan ada dari gym2 yang tertentu... Pemakaian juga lebih kepada org nak gi gym... Jgn  lupa glove...WAJIB tu...

Tak mula lagi...dah siang woooiiiiii
PPPPPoooooooMMMMMMM... Run bermula... Plan memamng nak bersantai dalam event ni... coz ini adalah kali pertama... SEKALI lagi kekecewaan sebagai runner berlaku... Race bermula tetapi marshal/organizer belum bersedia di tempat yang telah ditentukan... Mulalah front runner buat route sendiri hahahahaha... selepas tu plan berubah... NO SANTAI2... Race begin...Start your engine...VVVRRRooommmm...VVVRRRooommm... VVVrrrrooomMMM... Mula lah aku cam lipas kudung potong sorang dan sorang dan sorang... ramai sgt depan aku time tu... selepas run dalam kurang 1km... Jumpalah obstacle pertama cross river... adoiii.. belum apa2 dah basah... disini membuktikan plan NO SANTAI adalah tepat kerana... runner start beratur untuk cross river tu... bila dah beratur panjang...runners akan jadi bosan lah... dalam jarak kurang 2km aku menempuhi lebih kurang 10-15 obstacles....setiap obstacledalam jarak 200m-300m. obstacle yang terakhir yang berada dalam kawasan SER, trail run pun bermula dalam jarak lebih kurang 6km... disini sesiapa trail runner...ini makanan dia... hahahaha... dalam event ni lah juga aku leh sesat dengan beberapa runners lain kerana terlepas/tak nampak/mmg xada signage tunjuk arah... trail run mmg menyeronokkan kerana hutan dibelakang SER... banyak anak sungai yang masih jernih situ lah tempat nak bersihkan badan selepas mengharungi obstacle tadi...dah cam kerbau gak lah aku... hahahaha...

Setelah habis trail run masuk semula ke SER untuk sambung balik baki obstacles yang kena buat... baki tenaga tak berapa banyak... mana yang bab ken rendam dalam air lumpur 1 badan...aku rendam je lah even sebenarnya xperlu berendam... penat weiii...

Tamat  larian... bab membersihkan badan... kat sini amat berbeza... event trail or obstacle ni...sediakan lah baju lain selepas run... Ia bukan cam 'Run on Road'... berpeluh lencun saje...ini lencun xada yang kering... dgn ayaq lumpuq... kena mandi sebelum balik...dan kena bawa pakaian lain... kelainan juga event ni tidak bagi t-shirt event b4 run... Dah cam finisher tee (FT) lak... hahahaha...

Obstacle racing ni mmg agak berbeza dari segi persediaan yang dibuat... memandangkan saya runner yang lebih kepada 'run on road' dan 2x trail run... obstacle tu mmg terlalu azab... bila dapat masuk trail...terus keadaan berubah...ceria selalu... tapi ia menjadi kenangan pahit abg2 sado kerana terlalu azam untuk lari trail sejauh lebih kurang 6km tu... bagus lebih mengetahui kelemahan bahagian mana nak kena mantopkan lagi... walauapapun CORE mmg nak kena power whatever run road, trail or obstacle...

Participate yang berbeza dgn ATTITUDE yang BERBEZA dengan DISIPLIN yang tinggi yang SAMA. Tanpa DISIPLIN, PASTI tidak akan dapat menamatkan larian dgn BERKUALITI.

Detail event boleh ke link ni Warrior Trail Website dan FB - Warrior Trail

Next event obstacle.... Tungguuuu...

Ridzuan@Brandon@CRS


Good Luck... tunggulah apa nasib aku... hehehehe
Good Job Ridzuan

Gigit medal semesti every event

Medal mantop
MUD SWEAT GLORY

Certified Tough tu... hehehehehe

Team Spartan Singapore...

Team Diver (TUDM)

Team Venom

Team tak pakai baju ABAM SADOS

Antara pic obstacles




Omputeh pun ader

Mandi lumpur







No comments:

Post a Comment