Tuesday, 21 June 2016

Comprehensive Exam

Alhamdulillah. Pass CE presentation. woooowwwwww..... SV salam said "congratulation, you pass CE presentation". reaksi aku..... melopong hahahahha cama xcaya.... senyum.... nasib baik gua xnangis tdi hepi sgt hahahaha....
Terima kasih pada yg Esa, memberi kekuatan, kesihatan zahir dan batin dalam penyediaan slide presentation dan belajar dan juga memberi kekuatan kepada ahli keluarga dlm tempoh pembelajaran ini.
Wife tercinta Arffaazila binti Rahmat, anak2 Damai Najla (kakak), Damia Najwa dan Muhammad Luth Najmi yang banyak bersabar dan membantu abahnya menyiapkan kerja untuk study. yang dpt ku lakukan bila mereka semua dah tido. kucupan didahi dgn di iringi doa semoga mereka kuat dan tabah. serta menjadi anak yg soleh dan solehah.
Tiada hari cuti bagi student, hiba bila setiap kali untuk pergi study setiap hari sabtu kerana hari sabtu adalah hari perjumpaan dengan "bos=SV". Balik agak lewat pulak. Hari ahad mmg hari yang terpaksa melupakan sementara  pasal study. melayan keluarga tercinta pulak. maaf sayang semua....Abah akan buat yang terbaeek untuk family kita.
21 June 2016 hari yang amat bermakna. Terima kasih dan syukur pada yang Esa dlm memudahlan segala urusan ku pada hari ni.
Presentation yang sepatutnya bermula pukul 2pm terpaksa ditangguhkan pada pukul 3pm kerana seorang panel masih dalam perjalanan dari KLIA. Pembentangan hampir 30min. dan sesi Q&A total pembentangan hampir 1jam 15min. Berjalan lancar. Pembentangan yang lebih penting iaitu VIVA perlu dibuat dengan lebih rapi lagi. Komen dari segi kesalahan dan penambahbaikan memberi ku semangat untuk teruskan perjuangan ini sehingga ke akhir.
Ya Allah, aku bermohon berikan lah aku kekuatan zahir dan batin dalam menyiapkan thesis ini dan dihantat ON TIME.
Setelah mengetahui LULUS. Terus disampaikan kepada isteri tercinta. Tidak lupa menghubungi mak. Walaupun mak tidak sihat tapi aku yakin emak ada mendoakan anaknya untuk berjaya. Diharapkan doa emak mengiringi kejayaan anak mu ini.
Along, angah, bangchik dan abg tiri ku yahya mohd ali. terima kasih bebanyak. Alfatihah buat arwah Noor Aishah semoga kak chik berada bersama2 dengan org yang beriman. Klu kakchik ada mesti dia gembira (adoiiii mana dtg habuk ni, masuk dlm mata). terima kasih
itu cerita ptg tdi.....
Ridzuam@Brandon@CRS

No comments:

Post a Comment